1 Definisi Ayat Majmuk.
Menurut
buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat yang dibina
dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu
disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat
1,(a) , dengan ayat 1.(b);
1. Ali sedang
membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.
(a) Ali sedang membaca buku.
(b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.
Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:
1
Ayat majmuk
gabungan
2
Ayat majmuk
pancangan
3
Ayat majmuk
campuran
Ayat
Majmuk Gabungan
Ayat
majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau
mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti ,dan,atau, tetapi,
dan sebagainya.
Contoh:
1
Rokiah pandai
menyanyi dan menari.
2
Abu kurus tetapi kuat makan.
Ayat 1 dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat 2 dihubungkan dengan
kata hubung tetapi.
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa
yang tidak setara.Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu
klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih
klausa tak bebas atau ayat kecil.Ayat kecil
dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang,
bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.Dalam bahasa
Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat
relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
Ayat Majmuk Pancangan
|
||||||
Ayat Relatif
|
Ayat Komplemen
|
Ayat Keterangan
|
||||
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan
perkataan yang seperti contoh di bawah:
Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama
dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu''
dan menggunakan kata hubung yang.
|
Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang
dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat.
Ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa
atau yang.
Contoh:
|
Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri
daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai
keterangan kepada predikat.
Contoh:
Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.
Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan
kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal Ayat
majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung
yang tertentu.
|
Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih
daripada satu jenis ayat.Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan
ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.Biasanya, ayat jenis ini
panjang.Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan
subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
Contoh 1:
Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun
2002, yang telah menerima suntikan tersebut.
Dalam
ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk iaitu
yang lahir dalam tahun 2002 dan yang mereka menerima suntikan tersebut. Subjek
ayat majmuk ialah mereka, katakerjanya mendaftarkan dan objek tepat
kanak-kanak.Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek tepat
2. Dengan
berdasarkan petikan dari buku teks Tahun 6 muka surat 23 dan 63 setelah dianalisis petikan tersebut dan
telah mendapati beberapa contoh mengikut perkara berikut:
i) Ayat majmuk gabungan.
Lampu bercahaya dan
berwarna-warni.
ii) Ayat majmuk pancangan
Ayat Majmuk Pancangan
|
|||
Ayat Relatif
|
Ayat Komplemen
|
Ayat Keterangan
|
|
Contoh 1:
Madu tersebut dijual
dengan harga yang tinggi.
Contoh 2:
Di negara kita juga banyak kraf tangan yang dihasilkan daripada buluh.
|
Contoh 2:
Tahukah kamu bahawa
hutan merupakan sumber pendapatan kepada sesetengah penduduk di negara kita?
|
Contoh 1
Hani sekeluarga berasa bertuah kerana dapat menyaksikan konsert itu.
Contoh 2:
Kraf tangan ini dipasarkan dengan meluas.
|
iii) Ayat
majmuk campuran
Contoh
1:
Terdapat
pelbagai jenis rotan seperti rotan manau atau
nama saintifiknya, Calamus conioastris, rotan semang dan rotan paku atau Calamus exilis.
Contoh 2:
Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran
kita akan pokok-pokok yang besar dan pelbagai jenis mergastua.