NEGARAKU
Maria
|
Mengumumkan
ketibaan, Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali, Penolong Pegawai Bahagian Operasi,
Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, dengan
diiringi Pn Hajah Che Indon bt Osman, Guru Besar SK Air Merah.
Hadirin semua
diminta bangun untuk mengalu-alukan ketibaan tetamu jemputan kita.
(LAGU NEGARAKU)
|
UCAPAN PROTOKOL
Maria
|
Assalamualaikum
wbt dan salam sejahtera.
Yang Dihormati
Sarjan Alias bin Ali,
Penolong Pegawai
Bahagian Operasi, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.
Yang Berusaha,
Pn. Hjh Che Indon bt. Osman,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Air Merah.
Yang Dihormati _______________________________
______________________________________________
Yang Dihormati,
Encik Salleh bin Mamat
Yang dipertua
PIBG SK Air Merah.
Yang Dihormati
lagi dikasihi guru-guru penolong kanan/ Ahli-ahli jawatankuasa Kejohanan Balapan
dan Padang dan Ahli Jawatankuasa PIBG.
Seterusnya /Yang
dihormati para ibu bapa, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Selamat datang
ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Air Merah buat kali ke-14 ini.
Terlebih dahulu
marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas
limpah kurniaNya dapat kita berkumpul pada majlis yang gilang gemilang ini.
Pihak jawatankuasa
kejohanan mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan
untuk hadir memeriahkan lagi kejohanan ini. Sesungguhnya kehadiran semua jemputan
membuktikan sokongan yang jitu untuk menjulang SKAM ke tahap yang tinggi dalam bidang sukan.
|
DOA
ROSMINA
|
Bagi memberkati
majlis kita pada pagi ini, saya bagi pihak majlis menjemput yang berbahagia
Ustaz Mahayuddin bin Abu Bakar untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
|
LINTAS
HORMAT
ROSMINA
|
Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mahayuddin atas bacaan doa sebentar tadi.
Para hadirin
sekalian, sebentar nanti acara lintas hormat akan dimulakan. Diminta semua
kontinjen perbarisan bersiap sedia.
Seterusnya
majlis menjemput Puan Hajah Che Indon bt Osman untuk mengiringi Yang
Dihormati Sarjan Alias bin Ali, tetamu jemputan kita untuk menerima tabik
hormat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
|
PERBARISAN RUMAH SUKAN
Maria
|
Perbarisan masuk
kontinjen rumah sukan dimulakan oleh
adik Muhammad Amir Syakirin Khan bin Aliz
Khan bersama 4 orang pembawa bendera kejohanan Balapan dan Padang SK
Air Merah.
|
KUNING
Maria
|
Seterusnya
diikuti dengan perbarisan masuk rumah sukan iaitu Kontinjen Waja.
Kuning diraja bersemangat
waja, diketuai oleh adik Mohd Zulimran Mohd Zulkifli dengan kekuatan seramai 30 orang peserta.
Cincin suasa bersarung di tangan
Hiasan tersohor Dato Bahaman
Peserta kuning sentiasa berangan
Menjulang kemenangan sukan idaman
|
BIRU
MARIA
|
Diikuti oleh
Pasukan Satria.
Biru berombak
pantang berganjak, diketuai oleh adik
Mohd Farid Irfan Mohd Fauzi dengan kekuatan seramai 30 orang peserta.
Pohon tebu ditanam kawan,
Subur membesar tumbuhnya lajak,
Biru tetap membelah awan,
Terus berombak pantang berganjak.
|
HIJAU
ROSMINA
|
Seterusnya mari
kita saksikan Pasukan Wira.
Hijau segar
sentiasa mekar, diketuai oleh adik Syafique Yushairi dengan
kekuatan seramai 30 orang peserta.
Warnamu hijau seri menyerlah,
Penyeri taman pengubat rawan,
Semangat juang tak pernah kalah,
Berpantang kalah sebelum berlawan.
|
MERAH
ROSMINA
|
Perbarisan masuk
Kontinjen rumah sukan diteruskan lagi dengan Pasukan Perdana.
Merah membara
pasti juara, diketuai oleh adik Amzar Syahmi Abd Rashid dengan kekuatan seramai
30 orang peserta.
Warnamu megah merah membara,
Semangat juangmu menyala-nyala,
Misi kami jadilah juara,
Moga hasrat menjadi nyata.
|
UNIT BERUNIFORM
ROSMINA
|
Akhir sekali marilah
kita saksikan pula lintas hormat daripada Pasukan Unit Beruniform yang
terdiri daripada Pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Bulan
Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM).
Berbaju
baharu di hari raya,
Agar
jelita bagai Sang Ratu,
Pasukan
beruniform segak bergaya,
Sederap
melangkah setia bersatu.
|
IKRAR
Maria
|
Demikianlah tadi
acara lintas hormat daripada
kontinjen-kontinjen kejohanan yang
mengambil bahagian pada pagi ini.
Sekarang tibalah
masanya untuk upacara menaikkan bendera kejohanan.
(BENDERA
DINAIKKAN)
Seterusnya dijemput adik Muhammad
Amir Syakirin Khan bin Aliz Khan
untuk mengetuai bacaan ikrar . Dipersilakan.
(BACAAN IKRAR)
Majlis
merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.
|
UCAPAN PERASMIAN
Maria
|
Bagi meneruskan
acara pada pagi yang permai ini, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang
Dihormati Sarjan Alias bin Ali, Penolong Pegawai Bahagian Operasi, IPD Kulim untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang SKAM buat kali keempat
belas. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(UCAPAN DAN
PERASMIAN)
Potong Bendera
|
PENYAMPAIAN CENDERAMATA PERASMI
ROSMINA
|
Hadirin hadirat
yang dihormati sekalian, Sebagai tanda terima kasih dan ingatan yang
berpanjangan, dijemput Yang Berusaha Pn Hjh Che Indon bt Osman untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali.
Kami bagi pihak
majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan kerana
sudi meluangkan masa untuk merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang SK Air Merah pada hari ini.
|
PERARAKAN KELUAR
Maria
|
Para hadirin
sekalian, seterusnya perarakan keluar kontinjen perbarisan dari arena
balapan.
Perarakan keluar
dimulakan dengan kontinjen Waja dan Satria. Seterusnya diikuti oleh kontinjen
Perdana dan Wira. Diakhiri dengan kontinjen Unit Beruniform.
|
SENAMROBIK
Maria
|
(SENAMROBIK)
Demikianlah
tadi persembahan SENAMROBIK yang telah
mendapat bimbingan daripada Pn
Rohaizah bt Marjab, Pn Anzalina Abd Majid, Pn Hasniza bt Baharom dan Pn
Hazlinda bt Hamidi.
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan senamrobik atas persembahan
sebentar tadi.
|
MARKAH
ROSMINA
|
Tuan-tuan ,
puan- puan, hadirin-hadirat sekalian, mari kita lihat markah yang terkumpul
setakat ini.
Rumah Biru : __________mata
Rumah Kuning : __________mata
Rumah Hijau : __________mata
Rumah Merah :
__________mata
Untuk
pengetahuan hadirin sekalian , acara-acara yang telah dipertandingkan sebelum hari sukan ialah acara lompat jauh, lompat tinggi, lontar
peluru, merentas desa, sukantara dan sukaneka tahun 1, 2 dan 3 .
|
ACARA 1
Maria
|
Tuan-tuan dan
puan-puan yang dihormati sekalian, sekarang tibalah acara yang dinanti-nantikan.
Sebentar lagi acara sukan yang pertama akan bermula. Acara yang akan
dipertandingkan ialah:
Acara 1
Acara 2 – Sukaneka (Tahap 1)
|
PENYAMPAIAN
HADIAH
UTAMA
ROSMINA
|
Hadirin-hadirat
sekalian seterusnya majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput Pn
Hajah Che Indon bt. Osman untuk
mengiringi Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali untuk upacara
penyampaian hadiah kepada para pemenang.
(BACA NAMA PEMENANG)
Bagi acara:
Pingat Emas dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Perak dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Gangsa dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Seterusnya bagi
acara:
2. Lari 50 meter -
Perempuan Pendidikan Khas
Pingat Emas dimenangi oleh adik ____________________________________
dari rumah _______________.
Pingat Perak dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Gangsa dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Sementara bagi
acara…
3. Lari 50 meter – Lelaki Pra sekolah
Pingat Emas dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Perak dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Gangsa dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Seterusnya bagi
acara….
4.
Lari
50 meter – Perempuan Pra Sekolah
Pingat Emas dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Perak dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Gangsa dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Seterusnya bagi
acara Sukaneka
5. Tahun 3
Pingat Emas dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Perak dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Gangsa dimenangi oleh adik ____________________________________
dari rumah _______________.
6. Sukaneka Tahun 2
Pingat Emas dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Perak dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Gangsa dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
7.
Sukaneka Tahun 1
Pingat Emas dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Perak dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Gangsa dimenangi oleh adik
____________________________________ dari rumah _______________.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Sarjan
Alias bin Ali atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang
sebentar tadi.
Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
pihak tuan kerana sudi hadir pada hari ini, sesungguhnya budi baik tuan akan
sentiasa kami hargai.
Seterusnya pihak
majlis menjemput Yang Berusaha Pn. Hajah Che Indon bt. Osman untuk mengiringi
Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali serta para tamu kehormat ke bilik jamuan. Dipersilakan.
|
Maria
|
Acara yang sedang berlangsung sekarang ini
adalah______________________________________________
Hadirin-hadirat
sekalian, sebentar nanti akan berlangsung acara
|
Maria
|
PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin-hadirat
sekalian, seterusnya majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput
____________________________untuk upacara penyampaian hadiah kepada para
pemenang.
(HADIAH ACARA
2 dan 3)
|
Rosmina
|
Acara
4
|
Maria
|
Acara 5
|
Rosmina
|
Acara
6
1.
Lari 200 meter – Lelaki dan
perempuan tahun 4
2.
Lari 200 meter – Lelaki dan
perempuan tahun 5
3.
Lari 200 meter – Lelaki dan
perempuan tahun 6
4.
|
Maria
|
Acara
7
1.
Lari 4 X 100 meter –Lelaki
dan perempuan tahun 4
2.
Lari 4 X 100 meter –Lelaki dan
perempuan tahun 5
3.
Lari 4 X 100 meter –Lelaki
dan perempuan tahun 6
|
ACARA
WARIS
Rosmina
|
Acara 8 -Acara Penamat
Seterusnya ,
sebentar nanti akan diadakan acara untuk ibu-ibu dan bapa-bapa termasuk
guru-guru lelaki dan wanita. Diminta para waris dan guru sudi untuk mengambil
bahagian bagi acara Lari Dalam Guni lelaki dan wanita. Seramai 10 orang peserta
diperlukan bagi setiap kategori.
(ACARA WARIS/GURU
–LARI DALAM GUNI)
Hadirin –hadirat
sekalian , dengan berakhirnya acara bagi waris maka berakhirlah acara yang
dipertandingkan untuk kali ini.
|
PENYAMPAIAN
HADIAH
Rosmina
&
Maria
|
Kini tibalah
masanya untuk upacara penutup. Diminta semua peserta perbarisan dan peserta
rumah sukan bersiap sedia untuk masuk ke padang bagi upacara penutup.
Dijemput
Pasukan Waja dan Perdana untuk
bergerak ke tengah padang. Seterusnya dijemput pula pasukan Satria dan Wira.
Para hadirin sekalian, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Pn. Umirah bt. Husin untuk mengiringi Puan Hajah Che
Indon bt Osman, guru besar SKAM untuk
upacara penyampaian hadiah. Dipersilakan.
Tempat ke4 dimenangi oleh Rumah _____________________
Tempat ke3 dimenangi oleh Rumah
_____________________
Naib Johan dimenangi oleh Rumah
_____________________
Johan Perbarisan Terbaik dimenangi oleh
Rumah _____________________
Kini diumumkan
olahragawan SKAM bagi Tahun 2015 disandang oleh adik
____________________________________________________ dari rumah
________________________
Tahniah
diucapkan kepada adik __________________________
Olahragawati
SKAM bagi Tahun 2014 disandang oleh adik ___________________________________________________
Tahniah
diucapkan kepada adik _________________________
Seterusnya
diumumkan kedudukan akhir rumah-rumah sukan bagi Tahun 2016.
Tempat keempat ,
dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah
_____________________
Tempat ketiga,
dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah
_______________________
Tempat kedua
dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah
_______________________
Tempat pertama ,
dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah
_______________________
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Hajah Che Indon kerana sudi
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Tahniah
diucapkan kepada rumah yang berjaya, bagi yang kurang bernasib baik cubalah
lagi pada tahun hadapan.
|
UCAPAN
PENUTUP
Maria
|
Seterusnya majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Hajah Che Indon Bt.
Osman , Guru Besar SKAM untuk menyampaikan ucapan penutup. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
UCAPAN GB
|
PENUTUP
Maria
|
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Hjh Che Indon bt Osman atas ucapan
penutup sebentar tadi.
Setiap permulaan
pasti ada pengakhiran, Kejohanan Balapan dan Padang SKAM 2016 telah sampai ke penghujungnya.
Sebelum majlis
melabuhkan tirainya, saya bagi pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang SK Air Merah.
Pihak
Jawatankuasa Kejohanan Kejohanan Balapan dan Padang SKAM bagi kali ke14
menyusun jari sepuluh andai ada
sebarang kecacatan sepanjang kami menganjurkan majlis pada pagi ini. Harapan
kami semoga semua hadirin dapat meluangkan masa bagi majlis-majlis sebegini
lagi.
|
PANTUN
Rosmina
|
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai tersilap budi bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
|
PANTUN
Maria
|
Dari Kedah ke Inderagiri,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesailah sudah tugas diberi,
Di lain masa berjumpa lagi.
Sekian ,
wabillah hi taufik wal hidayah wassalam mualaikum wbt.
|
CIKGU ROSMINA
Assalamualaikum..selamat berkongsi bahan yang terdapat dalam blog ini...
Sabtu, 27 Februari 2016
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN & PADANG
Rabu, 18 September 2013
Langgan:
Catatan (Atom)