Sabtu, 27 Februari 2016

TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN & PADANG

NEGARAKU

Maria
Mengumumkan ketibaan, Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali, Penolong Pegawai Bahagian Operasi,  Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, dengan diiringi Pn Hajah Che Indon bt Osman, Guru Besar SK Air Merah.

Hadirin semua diminta bangun untuk mengalu-alukan ketibaan tetamu jemputan kita.

(LAGU NEGARAKU)
UCAPAN PROTOKOL

Maria
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali,
Penolong Pegawai Bahagian Operasi, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.

Yang Berusaha, Pn. Hjh Che Indon bt. Osman,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Air Merah.

Yang Dihormati _______________________________
______________________________________________

Yang Dihormati, Encik Salleh bin Mamat
Yang dipertua PIBG SK Air Merah.

Yang Dihormati lagi dikasihi guru-guru penolong kanan/ Ahli-ahli jawatankuasa Kejohanan Balapan dan Padang  dan Ahli Jawatankuasa PIBG.

Seterusnya /Yang dihormati para ibu bapa, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Air Merah  buat kali ke-14 ini.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya dapat kita berkumpul pada majlis yang gilang gemilang ini.

Pihak jawatankuasa kejohanan mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir memeriahkan lagi kejohanan ini. Sesungguhnya kehadiran semua jemputan membuktikan sokongan yang jitu untuk menjulang SKAM  ke tahap yang tinggi dalam bidang sukan.

DOA

ROSMINA

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, saya bagi pihak majlis menjemput yang berbahagia Ustaz Mahayuddin bin Abu Bakar untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

LINTAS HORMAT

ROSMINA


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz  Mahayuddin atas bacaan doa sebentar tadi.

Para hadirin sekalian, sebentar nanti acara lintas hormat akan dimulakan. Diminta semua kontinjen perbarisan bersiap sedia.

Seterusnya majlis menjemput Puan Hajah Che Indon bt Osman untuk mengiringi Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali, tetamu jemputan kita untuk menerima tabik hormat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PERBARISAN RUMAH SUKAN
Maria


Perbarisan masuk kontinjen rumah sukan dimulakan oleh  adik Muhammad Amir Syakirin Khan bin Aliz Khan bersama 4 orang pembawa bendera kejohanan Balapan dan Padang SK Air Merah.
KUNING

Maria


Seterusnya diikuti dengan perbarisan masuk rumah sukan iaitu Kontinjen Waja.

Kuning diraja bersemangat waja, diketuai oleh adik Mohd Zulimran Mohd Zulkifli dengan kekuatan  seramai 30 orang peserta.

Cincin suasa bersarung di tangan
Hiasan tersohor Dato Bahaman
Peserta kuning sentiasa berangan
Menjulang kemenangan sukan idaman




BIRU
MARIA


Diikuti oleh Pasukan Satria.
Biru berombak pantang  berganjak, diketuai oleh adik Mohd Farid Irfan Mohd Fauzi dengan kekuatan seramai 30 orang peserta.

Pohon tebu ditanam kawan,
Subur membesar tumbuhnya lajak,
Biru tetap membelah awan,
Terus berombak pantang berganjak.

HIJAU
ROSMINA


Seterusnya mari kita saksikan Pasukan Wira.
Hijau segar sentiasa mekar, diketuai oleh adik Syafique Yushairi                                       dengan kekuatan seramai 30 orang peserta.

Warnamu hijau seri menyerlah,
Penyeri taman pengubat rawan,
Semangat juang tak pernah kalah,
Berpantang kalah sebelum berlawan.

MERAH

ROSMINA


Perbarisan masuk Kontinjen rumah sukan diteruskan lagi dengan Pasukan Perdana.
Merah membara pasti juara, diketuai oleh adik Amzar Syahmi Abd Rashid dengan kekuatan  seramai 30 orang peserta.

Warnamu megah merah membara,
Semangat juangmu menyala-nyala,
Misi kami jadilah juara,
Moga hasrat menjadi nyata.

UNIT BERUNIFORM
ROSMINA


Akhir sekali marilah kita saksikan pula lintas hormat daripada Pasukan Unit Beruniform yang terdiri daripada Pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM).

Berbaju baharu di hari raya,
Agar jelita bagai Sang Ratu,
Pasukan beruniform segak bergaya,
Sederap melangkah setia bersatu.


IKRAR

Maria


Demikianlah tadi  acara lintas hormat daripada kontinjen-kontinjen  kejohanan yang mengambil bahagian pada pagi ini.
Sekarang tibalah masanya untuk upacara menaikkan bendera kejohanan.
(BENDERA DINAIKKAN)

Seterusnya  dijemput adik Muhammad Amir Syakirin Khan bin Aliz Khan untuk mengetuai bacaan ikrar . Dipersilakan.

(BACAAN IKRAR)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.
UCAPAN PERASMIAN
Maria

Bagi meneruskan acara pada pagi yang permai ini, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali, Penolong Pegawai Bahagian Operasi,  IPD Kulim untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang SKAM buat kali keempat belas. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(UCAPAN DAN PERASMIAN)
Potong Bendera
PENYAMPAIAN CENDERAMATA PERASMI

ROSMINA


Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Sebagai tanda terima kasih dan ingatan yang berpanjangan, dijemput Yang Berusaha Pn Hjh Che Indon bt Osman untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali.

Kami bagi pihak majlis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang  SK Air Merah pada hari ini.

PERARAKAN KELUAR
Maria

Para hadirin sekalian, seterusnya perarakan keluar kontinjen perbarisan dari arena balapan.

Perarakan keluar dimulakan dengan kontinjen Waja dan Satria. Seterusnya diikuti oleh kontinjen Perdana dan Wira. Diakhiri dengan kontinjen Unit Beruniform.

SENAMROBIK

Maria
(SENAMROBIK)
Demikianlah tadi  persembahan SENAMROBIK yang telah mendapat bimbingan daripada  Pn Rohaizah bt Marjab, Pn Anzalina Abd Majid, Pn Hasniza bt Baharom dan Pn Hazlinda bt Hamidi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pasukan senamrobik atas persembahan sebentar tadi.
MARKAH
ROSMINA


Tuan-tuan , puan- puan, hadirin-hadirat sekalian, mari kita lihat markah yang terkumpul setakat ini.

            Rumah Biru                 :    __________mata
            Rumah Kuning            :    __________mata  
            Rumah Hijau               :    __________mata
            Rumah Merah             :    __________mata

Untuk pengetahuan hadirin sekalian , acara-acara yang telah dipertandingkan  sebelum hari sukan ialah  acara lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, merentas desa, sukantara dan  sukaneka tahun 1, 2 dan 3 .
ACARA 1
Maria
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, sekarang tibalah acara yang dinanti-nantikan. Sebentar lagi acara sukan yang pertama akan bermula. Acara yang akan dipertandingkan ialah:

Acara 1
  1. Lari 80 meter   -  Lelaki Pendidikan Khas
  2. Lari 50 meter   -  Perempuan Pendidikan Khas
  3. Lari 50 meter    – Lelaki Pra sekolah
  4. Lari 50 meter  – Perempuan Pra Sekolah

Acara 2 – Sukaneka (Tahap 1)
  1. Sukaneka – Tahun 3 lelaki & perempuan
  2. Sukaneka – Tahun 2 lelaki & perempuan
  3. Sukaneka – Tahun 1 lelaki & perempuan

PENYAMPAIAN
HADIAH
UTAMA
ROSMINA



Hadirin-hadirat sekalian seterusnya majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput Pn Hajah Che Indon bt. Osman untuk  mengiringi Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali untuk upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

(BACA NAMA PEMENANG)
 Bagi acara:
  1. Lari 80 meter -  Lelaki Pendidikan Khas
Pingat Emas dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Perak dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Gangsa dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Seterusnya bagi acara:
2.    Lari 50 meter   -  Perempuan Pendidikan Khas
Pingat Emas dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Perak dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.
Pingat Gangsa dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Sementara bagi acara…
3.    Lari 50 meter   –   Lelaki Pra sekolah
Pingat Emas dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Perak dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Gangsa dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.
Seterusnya bagi acara….
       4.  Lari 50 meter  – Perempuan Pra Sekolah

Pingat Emas dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Perak dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Gangsa dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.
Seterusnya bagi acara Sukaneka

          5.  Tahun 3

Pingat Emas dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Perak dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Gangsa dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

     6.   Sukaneka Tahun 2

Pingat Emas dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Perak dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Gangsa dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

      7. Sukaneka Tahun 1

Pingat Emas dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Perak dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.

Pingat Gangsa dimenangi oleh adik ____________________________________ dari rumah _______________.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebentar tadi.

Saya bagi pihak majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak tuan kerana sudi hadir pada hari ini, sesungguhnya budi baik tuan akan sentiasa kami hargai.

Seterusnya pihak majlis menjemput Yang Berusaha Pn. Hajah Che Indon bt. Osman untuk mengiringi Yang Dihormati Sarjan Alias bin Ali serta para tamu kehormat  ke bilik jamuan. Dipersilakan.




Maria
Acara yang sedang berlangsung sekarang ini adalah______________________________________________

Hadirin-hadirat sekalian, sebentar nanti akan berlangsung acara

Maria










PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin-hadirat sekalian, seterusnya majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput ____________________________untuk upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

(HADIAH ACARA 2 dan 3)

Rosmina

Acara 4

  1. Lari 50 meter    – Lelaki dan perempuan Tahun 1
  2. Lari 80 meter   – Lelaki dan perempuan Tahun 2
  3. Lari 100 meter – Lelaki dan perempuan Tahun 3

Maria
Acara  5

  1. Lari 100 meter – Lelaki dan perempuan Tahun 4
  2. Lari 100 meter – Lelaki dan perempuan Tahun 5
  3. Lari 100 meter – Lelaki dan perempuan Tahun 6

Rosmina


Acara 6
1.      Lari 200 meter – Lelaki dan perempuan tahun 4
2.      Lari 200 meter – Lelaki dan perempuan tahun 5
3.      Lari 200 meter – Lelaki dan perempuan tahun 6
4.       
Maria
Acara 7
1.      Lari 4 X 100 meter –Lelaki dan perempuan tahun 4
2.      Lari 4 X 100 meter –Lelaki dan perempuan tahun 5
3.      Lari 4 X 100 meter –Lelaki dan perempuan tahun 6

ACARA
WARIS
Rosmina



Acara 8 -Acara Penamat

Seterusnya , sebentar nanti akan diadakan acara untuk ibu-ibu dan bapa-bapa termasuk guru-guru lelaki dan wanita. Diminta para waris dan guru sudi untuk mengambil bahagian bagi acara Lari Dalam Guni  lelaki dan wanita. Seramai 10 orang peserta diperlukan bagi setiap kategori.
(ACARA WARIS/GURU –LARI DALAM GUNI)

Hadirin –hadirat sekalian , dengan berakhirnya acara bagi waris maka berakhirlah acara yang dipertandingkan untuk kali ini.
PENYAMPAIAN
HADIAH

Rosmina
&
Maria

Kini tibalah masanya untuk upacara penutup. Diminta semua peserta perbarisan dan peserta rumah sukan bersiap sedia untuk masuk ke padang bagi upacara penutup.

Dijemput Pasukan  Waja dan Perdana untuk bergerak ke tengah padang. Seterusnya dijemput pula pasukan  Satria dan Wira.
Para  hadirin sekalian, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn. Umirah bt. Husin untuk mengiringi Puan Hajah Che Indon bt Osman, guru besar SKAM  untuk upacara penyampaian hadiah. Dipersilakan.

  1. Hadiah Perbarisan Terbaik :
Tempat ke4 dimenangi oleh Rumah _____________________
Tempat ke3 dimenangi oleh Rumah _____________________
Naib Johan dimenangi oleh Rumah _____________________
Johan Perbarisan Terbaik dimenangi oleh Rumah  _____________________

  1. Olahragawan 2016

Kini diumumkan olahragawan SKAM bagi Tahun 2015 disandang oleh adik ____________________________________________________ dari rumah ________________________
Tahniah diucapkan kepada adik __________________________

  1. Olahragawati 2016

Olahragawati SKAM bagi Tahun 2014 disandang oleh adik ___________________________________________________
Tahniah diucapkan kepada adik _________________________

  1. Rumah Sukan

Seterusnya diumumkan kedudukan akhir rumah-rumah sukan bagi Tahun 2016.

Tempat keempat , dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah _____________________

Tempat ketiga, dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah _______________________

Tempat kedua dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah _______________________

Tempat pertama , dengan pungutan mata sebanyak _____________ dimenangi oleh Rumah _______________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Hajah Che Indon kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tahniah diucapkan kepada rumah yang berjaya, bagi yang kurang bernasib baik cubalah lagi pada tahun hadapan.

UCAPAN
PENUTUP

Maria
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Hajah Che Indon Bt. Osman , Guru Besar SKAM untuk menyampaikan ucapan penutup. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN GB
PENUTUP

Maria

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Hjh Che Indon bt Osman atas ucapan penutup sebentar tadi.

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran, Kejohanan Balapan dan Padang  SKAM 2016 telah sampai ke penghujungnya.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, saya bagi pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang SK Air Merah.

Pihak Jawatankuasa Kejohanan Kejohanan Balapan dan Padang SKAM bagi kali ke14 menyusun jari sepuluh  andai ada sebarang kecacatan sepanjang kami menganjurkan majlis pada pagi ini. Harapan kami semoga semua hadirin dapat meluangkan masa bagi majlis-majlis sebegini lagi.

PANTUN
Rosmina


Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai tersilap budi bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

PANTUN

Maria

Dari Kedah ke Inderagiri,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesailah sudah tugas diberi,
Di lain masa berjumpa lagi.

Sekian , wabillah hi taufik wal hidayah wassalam mualaikum wbt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan