Isnin, 8 April 2013

EDU3105 - TEKNOLOGI PENDIDIKAN


 
TAJUK 1

TEKNOLOGI PENDIDIKAN


SINOPSIS

 Tajuk ini membincangkan konsep teknologi, konsep pengajaran, konsep teknologi pendidikan, peranan teori pembelajaran, mengenalpasti domain teknologi pengajaran, dan menjelaskan fungsi domain tersebut. Turut dibincangkan adalah tentang prinsip, peranan dan kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

 HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat:

  1. Menjelaskan konsep teknologi pendidikan
  2. Menjelaskan domain teknologi pengajaran
  3. Menjelaskan prinsip teknologi pendidikan
  4. Menghuraikan peranan dan kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

 KERANGKA TAJUK

        1.1  Konsep Teknologi Pendidikan
       1.2  Domain-Domain Teknologi Pengajaran
       1.3  Prinsip-Prinsip Teknologi Pendidikan
       1.4 Peranan Dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran  Dan  
             Pembelajaran

1.1  Konsep Teknologi Pendidikan
       Fikirkan

Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?.
Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi pendidikan ?
Apakah kepentingan teknologi pendidikan  dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?

 Perkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani, “techne” yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan  secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas. Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatan teknologi terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat.Berdasarkan erti asal perkataann Yunani ini, maka wajarlah jika Galbraith (1967) mendefinisikan teknologi sebagai:

 ...the systematic application of scientific knowledge and other organized knowledgeto practical tasks. yang bermaksud:  kemahiran mengaplikasi pengetahuan  saintifik dan pengetahuan lain yang terurus, secara sistematik kepada kerja-kera praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.

 Teknologi pengajaran ialah satu cara yang sistematik untuk membentuk, melaksanakan dan menilai seluruh proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif-objektif tertentu yang berdasarkan penyelidikan, pembelajaran dan komunikasi manusia dan menggunakan sumber-sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.

            Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan

            Bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan

 dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka

bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah

-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah

bermatlamat dan terkawal. ( Yusup Hashim, 1998)

Istilah teknologi sering dikaitkan dengan alat-alat teknologi moden terutama alat-alat elektronik seperti televisyen, perakam pita video, permainan cakera laser, permainan cakera padat, perakam pita kaset, projektor LCD dan projektor lutsinar. Kadakala teknologi bermaksud pembangunan serta pemodenan dan biasanya sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana kesan penggunaan alat-alat teknologi itu sendiri.

     Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan “pemangkin” ke arah mencapai kejayaan

Terdapat satu lagi tafsiran tentang teknologi oleh Evans dan Nation (2000) yang secara menolak konsep alat sebagai teknologi. Ia dikatakan seperti berikut:

Technology is not a tool – it is an art or science of how to use a tool for a purpose.

Evans dan Nation (2000)

Teknologi adalah bagaimana kita menggunakan alat untuk memenuhi sesuatu keperluan. Penggunaan itu pula bukan dilihat dari sudut sains sematamata, tetapi juga seni. Jadi, jika papan hitam atau papan tulis yang usang di bilik darjah dicantikkan rupanya dan digunakan hingga membangkitkan kefahaman dalam pembelajaran, maka itulah teknologi. Akan tetapi jika papan tulis itu terbiar dan tidak pernah dicari jalan untukmengoptimumkan penggunaannya, maka tinggallah ia sebagai alat yang usang.

Educational Technology is defined as “the study and ethical practice of facilitating learning and improving performance by creating, using, and managing, appropriate technological processes and resources” (AECT, 2004).

 Teknologi pendidikan adalah sesuatu yang luas sehingga ada yang mengatakan bahawa konsep teknologi pendidikan itu merangkumi sesebuah organisasi pendidikan itu sendiri. Konsep dan pengertiannya boleh dibicarakan dari pelbagai sudut.

 1.2  Domain-Domain Teknologi Pendidikan

 Fikirkan

Apakah domain teknologi pengajaran?
Apakah peranan domain teknologi pengajaran?
Apakah perkaitan antara domain-domain teknologi pengajaran?
 
Tajuk ini akan membincangkan dua domain teknologi pengajaran iaitu Domain Teknologi Pengajaran 1977 dan Domain Teknologi Pengajaran 1994.

 1.2.1  Domain Teknologi Pengajaran 1977
Berdasarkan definisi teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT (Association for Educational Communication and Technology (1977)).

 Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal.

 Domain teknologi pengajaran dibahagikan kepada tiga fungsi iaitu:

      i.        fungsi pengurusan pengajaran;

     ii.        fungsi pengembangan pengajaran; dan

    iii.        fungsi sumber pembelajaran.

 Setiap domain mempunyai peranan masing-masing, bergerak secara sistematik dan bersepadu menuju ke arah murid, sebagai kumpulan sasaran yang akan menerima kesan daripada keseluruhan proses yang berlaku. Dari konteks ini, kesan yang ingin dibawa adalah kesan positif yang menjadikan murid lebih cemerlang dalam pembelajarannya.

      Domain teknologi  dimulakan oleh fungsi pengembangan pengajaran,nkemudian diikuti oleh fungsi sumber pembelajaran. Fungsi pengurusan pengajaran bertindak sebagai pihak pengurusan yang memayungi kedua-dua fungsi ini.

1.2.1.1 Fungsi Pengembangan Pengajaran

 Fungsi domain ini ialah menganalisis masalah-masalah pembelajaran serta mereka bentuk, melaksana dan menilai penyelesaian kepada masalah ini. Ia melibatkan satu proses yang mengandungi beberapa peringkat.

Peringkat pertama ialah mengkonsepsikan model teoretikal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyelidikan dijalankan bagi memperoleh maklumat saintifik berkenaan murid, pengajaran dan pembelajaran, sumber pembelajaran dan sebagainya. Di sini teori dan model dihasilkan dan diuji.

 Setelah dikenal pasti teori dan model yang sesuai, maka tugas seterusnya adalah merekabentuk pengajaran yang selari dengan teori tersebut. Tegasnya, teori kini ditukar menjadi sebuah spesifikasi yang akan menjadi asas kepada pembinaan pengajaran. Ia dimulakan dengan analisis terhadap murid, menulis objektif, memilih strategi pengajaran, memilih media pengajaran dan juga menentukan spesifikasi media tersebut.

 Daripada spesifikasi ini, penerbitan media pengajaran dilaksanakan, skrip ditulis, grafik dan gambar dihasilkan. Selain itu, program pengajaran berpandukan komputer dan pengendalian alat turut diadakan. Adakah ini sahaja yang dilakukan? Tidak. Itu hanyalah beberapa contoh. Dalam aspek penghasilan atau penerbitan, segala macam media pengajaran boleh dihasilkan asalkan ada spesifikasinya. Media pengajaran yang telah dihasilkan tidak boleh terus digunakan. Ia harus dinilai terlebih dahulu agar benar-benar memberi kesan yang dihajatkan.

Aspek yang paling dititikberatkan dalam proses penilaian ini ialah dari sudut kemampuannya menepati kehendak objektif. Di samping itu, penilaian terhadap kualiti teknikal turut dilakukan. Daripada penilaian yang dilakukan, cadangan akan dikemukakan sama ada hasil penerbitan ini diterima, ditolak atau diterima dengan pembaikan.

Setelah disahkan keberkesanannya, barulah media sedia untuk digunakan.  Di peringkat penggunaan ini, murid dibantu untuk memilih sumber pembelajaran (media pengajaran sebahagian daripadanya) yang sesuai dengan pembelajaran mereka serta membantu mereka menggunakan sumber yang dipilih. Kemajuan murid dipantau semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran ini.

 Untuk memastikan sumber pembelajaran sentiasa tersedia, logistik atau tempat pengumpulan perlu disediakan. Di sinilah sumber pembelajaran dikatalog, diselenggara dan diedarkan. Akhir sekali, bagi memastikan perkembangan teknologi pendidikan dapat diikuti, peringkat penyebaran pula memastikan agar maklumat tentang teknologi pengajaran dikumpulkan dan disebarkan, melalui pemberian khidmat nasihat, latihan dan pemberitaan.

 
1.2.1.2 Fungsi Sumber Pembelajaran

 Dalam teknologi pengajaran, penyelesaian kepada masalah-masalah tergolong dalam fungsi sumber pembelajaran yang terdiri daripada mesej, manusia, bahan, peralatan, teknik dan tempat atau keadaan (settings). Setiap komponen boleh digunakan secara terpisah atau secara kombinasi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti mana yang telah diterangkan di atas, di peringkat penggunaan dan logistik, sumber pembelajaran ini dipilih, digunakan dan disebarkan. Oleh itu, domain ini merupakan produk daripada proses yang berlaku dalam domain atau fungsi pengembangan pengajaran. Ia dikategorikan begini bagi memudahkan penjelasan.

      Sumber pembelajaran ialah apa sahaja yang menyimpan dan/atau menghantar maklumat kepada murid. Satu daripadanya ialah mesej.Mesej mengandungi maklumat yang diterima oleh murid. Misalnya, isi pelajaran, arahan dan lain-lain.

Manusia ialah penyimpan dan penghantar atau penyebar mesej. Manusia dalam konteks sekolah adalah seperti guru, murid, pengetua dan ibu bapa.Bahan juga adalah penyimpan mesej yang akan disebarkan seperti nota, buku, pita video,modul pembelajaran (seperti modul ini), cakera padat dan sebagainya.Peralatan pula berfungsi menghantar maklumat yang tersimpan di dalam bahan seperti projektor, perakam audio, pemain cakera video dan sebagainya.Teknik ialah bagaimana bahan, peralatan dan manusia digunakan bagi menghantar maklumat seperti perbincangan, lawatan, mel elektronik dan lain-lain.

 Akhir sekali tempat atau keadaan. Ia merupakan keseluruhan persekitaran di mana mesej akan disebarkan seperti bilik darjah, bilik sumber, makmal sains dan lain-lain lagi. Berhubung dengan sumber pembelajaran, perlu ditegaskan bahawa tidak semua direka bentuk khusus untuk pembelajaran. Namun, ia masih boleh digunakan sebagai sumber pembelajaran seperti iklan TV, katalog barangan pengguna, cerita dari filem atau TV, muzium, zoo, Internet dan banyak lagi. Dalam hal ini, sumber yang tersedia ada sama pentingnya dengan sumber yang dihasilkan. Oleh itu, murid dan guru perlu mengetahui bagaimana menggunakan sumber sumberini.

 
1.2.1.3  Fungsi Pengurusan Pengajaran

 Fungsi pengurusan bertujuan menyelaras dan mengawal fungsi pengembangan serta fungsi sumber pembelajaran dan lain-lain fungsi supaya teknologi pengajaran dapat berjalan dengan berkesan. Fungsi ini meliputi pengurusan organisasi dan kakitangan. Fokus pengurusan organisasi ialah mentadbir projek dengan cara mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif. Seterusnya, menguruskan soal perbelanjaan, pembelian serta perkara yang berkaitan dengan prosedur pentadbiran bagi hubungan dalam dan luar organisasi.

 Pengurusan kakitangan pula terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan pengambilan, penyeliaan dan penilaian pekerja. Tujuan utama pengurusan kakitangan ialah mewujudkan hubungan baik serta meningkatkan keberkesanan komunikasi antara pekerja. Berdasarkan penjelasan di atas tidak dapat dinafikan bahawa teknologi pengajaran dilaksanakan secara bersepadu di mana usaha manusia, prosedur dan idea bagi mencapai satu objektif tertentu diintegrasikan.Untuk menyelesaikan masalah, semua fungsi perlu bergerak secara sistematik dan bersepadu.

 
1.2.2 Domain Teknologi Pengajaran 1994

      Berdasarkan definisi teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT (Association for Educational Communication and Technology (1994)).

 Domain teknologi pengajaran tahun 1994 merupakan kesinambungan daripada domain tahun 1977.Terdapat lima domain dalam teknologi pengajaran kini berbanding dengan tiga sebelumnya. Namun itu tidak bermakna wujudnya perbezaan yang banyak di antara domain yang lepas dengan yang terkini kerana domain pembangunan, penggunaan dan penilaian sudahpun terangkum dalam fungsi pengembangan pengajaran. Setiap domain mempunyai teori dan amalannya yang tersendiri dan ia boleh berfungsi secara sendirian atau berinteraksi dengan domain yang lain. Interaksi ini pula tidak semestinya dalam bentuk linear.

 Tafsiran teknologi pengajaran yang dikeluarkan oleh AECT pada tahun 1994:  bermaksud:

Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun,mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.  (AECT 1994)
Definisi menyatakan bahawa teori dan amalan menjadi asas kepada setiap tindakan yang diambil. Seorang yang terlibat dengan sesuatu pekerjaan mesti mempunyai pengetahuan yang boleh menyokong setiap amalan yang dilakukan.Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan yang menyumbang kepada badan pengetahuan.Amalan pula bermaksud penggunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah.Misalnya, ada teori mengatakan niat dan motif untuk belajar berkait rapat dengan kualiti pembelajaran. 

 
Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran atau teknologi instruksional meliputi teori dan malan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.
   i.        Domain Reka Bentuk

     ii.        Domain Pengembangan

    iii.        Domain Penggunaan

   iv.        Domain Pengurusan

    v.        Domain Penilaian

 

 

 

 

 

 

 

3
Penggunaan

2
Pengembangan

4
Pengurusan

5
Penilaian



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan